Aktiviti mengindah dan menceriakan persekitaran kampung telah menjadi suatu kelaziman yang telah dipupuk sejak sekian lama. Perbezaan antara aktiviti ini dahulu dan sekarang adalah ; dahulu ianya dikenali sebagai aktiviti gotong royong sahaja, yang mana kawasan yang dibersihkan adalah kawasan yang tertentu seperti jalan-jalan kampung, tanah perkuburan, surau, sistem perparitan dan dewan orang ramai.
Kini setelah sekian lama aktiviti tesebut berjalan, ia diberi nafas baru iaitu berteraskan konsep mesra alam. Selain, daripada mengekalkan budaya gotong royong di kalangan penduduk, kita menerapkan sifat mencintai kampung dan memelihara alam sekitar daripada musnah.
kita tidak menggalakkan aktivi perindustrian seperti melombong pasir, mengaut hasil hutan dan membuang bahan buangan industri termasuk sisa-sisa domestik dengan sewenang-wenangya tanpa pemantauan daripada Jawatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan Kampung, kerana ini akan mengancam keseimbangan alam sekitar khususnya di kampung.
Objektif
- Memelihara serta mengekalkan keseimbangan alam
- Menanam dan memupuk semangat cintakan alam sekitar
- Menerapkan sifat bergotong-royong dan sikap bekerjasama antara penduduk
- Merapatkan tali persaudaraan atau silaturrahim dan ukhuwah di kalangan penduduk kampung
Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Pengerusi En. Abdullah Bin Hashim
Setiausaha Tn. Hj. Ismail Bin Lembut
Bendahari En. Juhari Bin Mat Arop
Ajk Peralatan & Logistik Kassim Bin Seman
Ajk Publisiti En Mohd NorAzrin Bin Mat Rais
Ajk Penyediaan Makanan Dan Minuman Pn. Hjh Noriah Bte Abu
Perbelanjaan
Peralatan Dan Perkakasan RM 500.00
Minyak Petrol Dan Diesel RM 200.00
Makanan Dan Minuman RM 400.00
Pokok Hiasan RM 1000.00
Saguhati RM 1000.00
Jumlah Besar RM 3100.00
Peruntukan Yang Berhormat ADUN Kawasan RM 2000.00
Tabung JKKK RM 1100.00
HARAPAN
Adalah diharapkan agar tradisi yang telah diwarisi sejak dahulu dapat diteruskan walaupun mendapat nafas baru. Perubahan yang dilakukan ini adalah selaras dengan era dunia tanpa batasan ( Globalisasi ) dan dunia teknologi maklumat.
Diharapkan agar aktiviti ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.
" ...saya menyeru kepada semua penduduk kampung agar kita sama-sama berganding bahu untuk memajukan kampung kita ini, agar sama tarafnya dengan kampung-kampung yang telah terlebih dahulu maju daripada kampung kita ini, walaupun kita duduk di kawasan lubuk, biar kita sama taraf dengan puncak gunung..."
'petikan ucapan ketua kampung pada mesyuarat Jawatankuasa Kampung pada 1 Oktober 2008 di Surau Kampung Lubuk Salak'